Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Kementerian Sumber Manusia | Tarikh Tutup: 26 Januari 2021

Iklan Peluang Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam (Kementerian Sumber Manusia).



Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak/Tetap di Kementerian Sumber Manusia seperti yang dinyatakan di bawah:

JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI PERHUBUNGAN PERUSAHAAN GRED S29

Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

Kem / Jab : Kementerian Sumber Manusia

Kekosongan : 6 | Simpanan : 40

Jadual Gaji : RM1,493.00 - RM5,672.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
     ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
     iii. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95)

Syarat Bahasa Melayu :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan :
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Perhubungan Perusahaan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) i. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
     ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) had umur pelantikan:
           i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
           ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
           iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas :
Mengendalikan kes buruh serta memastikan para majikan mematuhi dan melaksanakan undang-undang yang berkaitan dengan perburuhan melalui lawatan serta pemeriksaan dari semasa ke semasa.

Cara Memohon :
Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat : https://www.spa.gov.my

Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temuduga yang terkini.

Maklumat mengenai syarat lantikan / gaji / tugas-tugas jawatan diatas boleh diperolehi di pautan berikut:

https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/diploma-stp-stpm-stam-hsc/penolong-pegawai-perhubungan-perusahaan-gred-s29

Tarikh tutup permohonan baharu bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 26 Januari 2020 ( Selasa) jam 11.59 malam