Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Tarikh Tutup: 26 Januari 2021

Iklan Peluang Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang).



Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak/Tetap di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang seperti yang dinyatakan di bawah:

JAWATAN : PENOLONG JURUTERA GRED JA29 (ELEKTRIK)

Kumpulan : Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)

Kem / Jab : Pelbagai Kementerian/Jabatan

Kekosongan : 1 | Simpanan : 3

Jadual Gaji : RM1,549.00 - RM5,701.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) i. sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau
     ii. diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)

Syarat Bahasa Melayu :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kemahiran, Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19, AB22 dan AB26, Penjaga Jentera Elektrik dan Merinyu Tali Air adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Jurutera Gred JA29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) i. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
     ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) had umur pelantikan:
       i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender, menjalankan kerja penyenggaraan bangunan dan workshop, melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraan berkala peralatan elektrik, merancang dan menyusun aktiviti bagi mengawal selia sistem pengairan dan saliran serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.

Cara Memohon :
Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat : https://www.spa.gov.my

Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temuduga yang terkini.

Maklumat mengenai syarat lantikan / gaji / tugas-tugas jawatan diatas boleh diperolehi di pautan berikut:

https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/diploma-stp-stpm-stam-hsc/penolong-pegawai-perhubungan-perusahaan-gred-s29

Tarikh tutup permohonan baharu bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 26 Januari 2020 ( Selasa) jam 11.59 malam