Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kesihatan Malaysia (Semenanjung) | Tarikh Tutup: 24 Januari 2021

Iklan Peluang Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam (Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kesihatan Malaysia).



Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak/Tetap di Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kesihatan Malaysia seperti yang dinyatakan di bawah:

JAWATAN : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19 

Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

Kem / Jab : Pelbagai Kementerian/Jabatan

Kekosongan : 196 | Simpanan : 2000

Jadual Gaji : RM1,352.00 - RM4,003.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  (a) Warganegara Malaysia; dan
  (b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  (c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(d) i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,352.00) atau
     ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,408.40) atau
     iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,464.80)

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL) Bagi Pegawai Sedang Berkhidmat
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 tertakluk kepada kekosongan jawatan dan memenuhi syarat berikut:
(a) Telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
(b) Mempunyai kelayakan di perkara 2(d) di atas atau lulus Peperiksaan Khas; dan
(c) Had umur pelantikan:
     i. Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
     ii. Berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
     iii. Berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas : 
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

Cara Memohon :
Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat : https://www.spa.gov.my

Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temuduga yang terkini.

Maklumat mengenai syarat lantikan / gaji / tugas-tugas jawatan diatas boleh diperolehi di pautan berikut:

https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/spm-svm-skm-sijil/pembantu-tadbir-perkeranian-operasi-gred-n19

Tarikh tutup permohonan baharu bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 24 Januari 2020 ( Ahad) jam 11.59 malam